Program Menghubung dan Menyatu di SK Kubang Kuau
01 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniKementerian Komunikasi Multimedia Malaysia menerusi Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Telekom Malaysia telah menganjurkan Program Menghubung Menyatu. Program ini telah berlangsung pada 30 September 2017 bertempat di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau, Pasir Mas. Objektif penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan tanggungjawab sosial koperat agensi ini selain mendekatkan jurang perhubungan digital dikalangan masyarakat luar bandar. Melalui program ini, pihak PI telah diberi peluang untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang pentingnya mengitar semula mobile ewaste. Selain itu, pihak PI juga dapat memberi kesedaran kepada pengguna mengenai telefon pintar dengan menggunakan aplikasi Check Your Label dan turut menyampaikan ceramah Klik dengan Bijak.
Pengunjung juga berpeluang untuk menyertai kuiz Klik dengan Bijak dan memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Dengan adanya program seperti ini, staf PI berpeluang menghebahkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di PI sepanjang tahun.Pusat Internet 1 Malaysia Semuba telah mengadakan eKelas Assessment untuk pelajar tingakatan 1, 2, dan 3 yang telah menyertai tuisyen eKelas. Program ini dijalankan dengan kerjasama oleh pihak Maxis. Ianya telah diadakan pada 15 April 2017 bertempat di Bilik Training PI Semuba. Program ini diadakan bertujuan untuk menilai tahap pemahaman pelajar mengenai cara pembelajaran di ekelas. Hasil dari penilaian ini dapat memperbaiki cara pengajaran guru-guru di ekelas pada masa yang akan datang. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu para pelajar lebih cemerlang di dalam pelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: