Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Pengusaha Pemprosesan Ayam Mentah dan Daging Import
Pengusaha pemprosesan ayam mentah dan daging import ini di usahakan oleh Abdul Rahman mendapat sambutan yang menggalakkan tidak hanya dari penduduk setempat malahan dari penduduk di kampung berhampiran dengan Kg Semuba. Beliau membuka sebuah kedai Man Trading berhampiran dengan gelanggang sepak takraw dan merupakan tempat yang stategik di mana ianya juga berdekatan dengan penempatan penduduk setempat.
Homestay RHGH
En Rohadi bin Mat Daud bersama anak-anak beliau telah mengusahakan Homestay RHGH yang terletak di Jalan To'Uban Pasir Mas berdekatan dengan stor lori dan sawah padi. Pemandangan sawah padi membuatkan pelanggan tenang dari kesibukkan di bandar. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Hubungi En Rohadi untuk sebarang tempahan di talian 019-9971845.
Pertanian
Kebiasaanya penduduk disini menjalakan aktiviti pertanian seperti penanaman padi, getah dan sayur-sayuran. Hasil daripada pertanian itu akan dijual kepada pembeli.