eKelas Assessment
01 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Semuba telah mengadakan eKelas Assessment untuk pelajar tingakatan 1, 2, dan 3 yang telah menyertai tuisyen eKelas. Program ini dijalankan dengan kerjasama oleh pihak Maxis. Ianya telah diadakan dua hari brturut-turut iaitu pada 29 dan 30 September 2017 bertempat di PI Semuba.
Program ini diadakan bertujuan untuk menilai tahap kefahaman pelajar yang mengikuti pembelajaran di ekelas. Hasil dari penilaian ini dapat memperbaiki cara pengajaran guru-guru di ekelas pada masa yang akan datang. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu para pelajar lebih cemerlang di dalam pelajaran dan melahirkan komuniti yang bijak pandai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: