Gotong-Royong Cegah Denggi Bersama Komuniti Setempat
08 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Semuba telah mengadakan program gotong-royong cegah denggi bersama komuniti setempat. Program ini telah diadakan pada 7 Januari 2017 di Masjid Padang Mukom yang disertai lebih kurang 50 orang komuniti setempat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai bahaya denggi dan kesan-kesannya kepada masyarakat. Program ini juga dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada jangkitan denggi. Selain itu, ia juga dapat membentuk masyarakat setempat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka. Dengan adanya program seperti ini, staff PI dapat mempromosi aktiviti PI dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: