Kelas Microsoft Word
28 July 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba telah mengadakan kelas latihan ICT iaitu Pengenalan kepada Microsoft. Aktiviti ini dijalankan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia, disertai oleh 6 orang peserta di sekitar Kg Semuba dan diadakan pada hari Khamis 27 July 2017.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membolehkan peserta menggunakan Microsoft Word dengan betul seperti peserta dapat menerokai fungsi-fungsi yang disediakan dalam Microsoft Word ini. Banyak kelebihan yang disediakan oleh Microsoft Word yang perlu dipelajari oleh peserta seperti dapat membuka file Pdf ke dalam Word. Dengan pembelajaran seperti ini peserta dapat membuat latihan yang disediakan seperti menaip, menggunakan fungsi-fungsi yang ada dengan betul dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: