eKelas Assessment
16 April 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Semuba telah mengadakan eKelas Assessment untuk pelajar tingakatan 1, 2, dan 3 yang telah menyertai tuisyen eKelas. Program ini dijalankan dengan kerjasama oleh pihak Maxis. Ianya telah diadakan pada 15 April 2017 bertempat di Bilik Training PI Semuba. Program ini diadakan bertujuan untuk menilai tahap pemahaman pelajar mengenai cara pembelajaran di ekelas. Hasil dari penilaian ini dapat memperbaiki cara pengajaran guru-guru di ekelas pada masa yang akan datang. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu para pelajar lebih cemerlang di dalam pelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: