Kelas Mengenal ICT Pelajar Tadika KEMAS
25 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah mengadakan Kelas Mengenal ICT bagi pelajar Tadika KEMAS. Seramai 12 orang pelajar telah menyertai kelas ini dengan diringi oleh dua orang guru. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tadika mengenai teknologi komputer. Setiap pelajar diberi penerangan asas tentang nama komputer, papan kekunci, tetikus dan printer. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan tentang cara untuk melayari internet dan mencari gambar buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat di google image.
Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat untuk menerokai alam siber sepanjang kelas berlangsung. Di akhir kelas, kesemua pelajar sudah tidak kekok untuk menggunakan tetikus dan menaip carian mereka di google. Dengan mengadakan kelas seperti ini, ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang celik ICT dan juga dapat merapatkan silaturahim antara pihak KEMAS dan staf Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: