Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Semuba
11 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Semuba telah mengadakan majlis hari terbuka pada 10 Mac 2018 iaitu pada hari Sabtu. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim staff dan komuniti Semuba. Selain itu, ia juga untuk mempromosikan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia. Seterusnya meningkatkan pengetahuan penduduk tentang kemudahan yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba.
Antara golongan yang terlibat ialah komuniti Kg Semuba, ahli JKKKP Mukim Dun Chetok dan pelajar-pelajar di sekitar PI Kg Semuba. Dengan mengadakan majlis ini, komuniti didedahkan mengenai cara penggunaan internet yang selamat menerusi perkongsian Klik dengan Bijak oleh staf PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: