Kelas Mengenal ICT Pelajar Tadika KEMAS Siri II
3 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah mengadakan Kelas Mengenal ICT bagi pelajar Tadika KEMAS pada 2 Oktober 2018. Seramai 12 orang pelajar telah menyertai kelas ini dengan diringi oleh dua orang guru. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tadika mengenai teknologi komputer. Setiap pelajar diberi penerangan asas tentang nama komputer, papan kekunci, tetikus dan printer. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan tentang cara untuk melayari internet dan mencari gambar hidupan laut yang terdapat di google image.
Topik mengenali hidupan laut merupakan sebahagian daripada silibus pembelajaran mereka di sekolah. Pelajar-pelajar kelihatan begitu bersemangat dan teruja ketika menerokai internet sepanjang kelas berlangsung. Di akhir kelas, kesemua pelajar sudah tidak kekok untuk menggunakan tetikus dan menaip carian mereka di google. Dengan mengadakan kelas seperti ini, ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang celik ICT dan juga dapat merapatkan silaturahim antara pihak KEMAS dan staf Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: