Kuiz Puzzle KDB
2 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg. Semuba telah mengadakan taklimat Klik dengan Bijak dan Kuiz Puzzle KDB bersama pelajar sekolah rendah. Ianya telah diadakan pada 1 Disember 2018 bertempat di PI Semuba. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet secara berhemah. Setelah taklimat telah diberikan, para pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menyelesaikan puzzle berkaitan dengan KDB. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat menarik lebih ramai pelajar berkunjung ke PI dan menjadikan PI sebagai tempat untuk mengisi masa lapang mereka pada musim cuit sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: