Eksperimen Sains (eKelas)
21 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2019, pelajar-pelajar Tahun 6 di Pusat Internet Kg. Semuba telah menjalankan satu eksperimen bagi subjek Sains. Eksperimen ini dijalankan bersama-sama guru eKelas. Sepanjang eksperimen ini dijalankan, guru memberi penerangan yang jelas kepada pelajar bagi setiap hasil yang didapati ketika eksperimen dibuat. Eksperimen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Sains. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat menarik minat pelajar supaya terus konsisten mengikuti program eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: