Program Inovasi Usahawan Desa Modul 1
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 & 16 Mac 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg. Semuba telah menjadi tuan rumah untuk Program Inovasi Usahawan Desa Modul 1. Program ini merupakan kerjasama bersama Pusat Internet KDN 1. Seramai 12 orang usahawan telah mengikuti program tersebut. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat dikomersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri.
Di samping itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan advokasi kepada para peserta di mana advokasi dapat membantu peserta supaya lebih berhati-hati dengan dunia teknologi dan peka terhadap kandungan isu semasa yang bermanfaat dan sabar sebelum kongsi. Tambahan lagi, Program Inovasi Usahawan (IUD) ini juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan komuniti serta mereka dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka berdasarkan program yang dijalan secara bersiri ini.
Sepanjang program ini dijalankan, para peserta diberi pendedahan mengenai kemahiran asas keusahawanan seperti 4P (People, Place, Price & Product) dan teknik-teknik yang digunakan pakai untuk membantu usahawan mengembangkan produk masing-masing seperti teknik mengambil gambar produk, menggunakan Adobe Photoshop untuk mengubahsuai gambar, FB Ads, FB Page, BMC dan lain-lain. Selain itu, para peserta turut diajar kemahiran asas ICTseperti Ms Office dan Ms Excel untuk peserta membuat aliran tunai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: