Kelas mudah.my
13 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg. Semuba telah menganjurkan kelas mudah.my untuk pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta cara-cara untuk membeli dan menjual barangan dengan menggunakan platform atas talian seperti website mudah.my. Pendedahan ini dapat memupuk minat mereka pada peringkat awal untuk menjadi seorang usahawan.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendedahkan teknik yang boleh digunakan oleh peserta di dalam pemasaran dalam talian dengan berkesan. Peserta diberi penerangan dan mendaftar akaun masing-masing di dalam website mudah.my. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan. Harapan kami agar program ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam memajukan diri dalam bidang perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: