eKelas
3 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2019, pelajar-pelajar Tahun 6 telah mengikuti pembelajaran secara digital eKelas yang dianjurkan oleh Maxis di Pusat Internet Kg Semuba. Tujuan eKelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dari segi akademik terutama sekali bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Program eKelas banyak membantu pelajar dalam meningkatkan mata pelajaran kerana mereka diajar oleh guru yang berpengalaman mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang akademik seterusnya dapat melahirkan komuniti yang berilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: