Kuiz Online Matematik
2 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah mengadakan Kuiz Online Matematik bagi pelajar Tingkatan 2. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dengan menggunakan kelebihan ICT yang terdapat di Pusat Internet. Pelajar-pelajar diberikan soalan latih tubi mengikut silibus yang dipelajari di sekolah. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk mengumpulkan nota-nota yang menarik dari laman web untuk rujukan pembelajaran.
Kelebihan yang dapat diperolehi pelajar melalui kelas seperti ini adalah pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat di Pusat Internet pada waktu petang serta hujung minggu. Di samping itu, ia juga meningkatkan kefahaman mereka dalam bidang akademik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: