Kelas Microsoft Power Point
9 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah mengadakan Kelas Microsoft Power Point untuk pelajar Tingkatan 5. Kelas ini telah diadakan pada 8 Februari 2020 bertempat di bilik latihan PI Semuba. Seramai sepuluh orang pelajar telah menyertai kelas ini yang dijalankan selama dua jam. Sepanjang kelas berlangsung, pelajar diberi pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Power Point.
Setelah itu mereka diberi tugasan untuk menyiapkan slide bagi subjek sejarah. Tugasan ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman mereka dalam mengunakan Microsoft Power Point. Dengan adanya kelas seperti ini, ia dapat memberi persediaan awal kepada pelajar untuk menyiapkan slide pembentangan sebelum melangkah ke alam universiti. Selain itu, ia juga dapat melahirkan pelajar yang kreatif dalam penggunaan Power Point untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: