Kelas Microsoft Word
16 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah mengadakan Kelas Microsoft Word untuk pelajar Tingkatan 5. Kelas ini telah diadakan pada 15 Februari 2020 bertempat di bilik latihan PI Semuba. Sepanjang kelas ini berlangsung selama dua jam, pelajar diberi pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Word. Setelah itu mereka diberi tugasan untuk menyiapkan nota-nota menarik bagi subjek Sains.
Tugasan ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman mereka dalam menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya kelas seperti ini, ia dapat memberi persediaan awal kepada pelajar untuk menyiapkan diri dalam kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word sebelum melangkah ke alam universiti. Selain itu, ia juga dapat melahirkan pelajar yang kreatif dalam penggunaan Microsoft Word untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: