Bicara Santai Bersama Perpustakaan Desa Selising
22 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Semuba telah bekerjasama bersama PIK Selising, Gong Kulim dan Jeram dalam mengadakan Program Bicara Santai Bersama Perpustakaan Desa Selising. Bicara santai ini diadakan pada 21 Jun 2021 (Isnin) bermula jam 11 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Di dalam bicara santai ini, pihak PIK telah menjemput Pembantu Pustakawan dari Perpustakaan Desa Selising, iaitu saudari Nor Nadhirah Binti Salleh sebagai panel untuk memberi maklumat yang lengkap berkaitan operasi keseluruhan Perpustakaan Desa Selising. Banyak maklumat menarik yang dikongsikan sepanjang bicara santai ini berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: