Kelas Microsoft Word
23 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah mengadakan Kelas Microsoft Word untuk pelajar Tingkatan 2. Kelas ini telah diadakan pada 22 November 2021 jam 10 pagi. Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar diberi pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Word. Setelah itu mereka diberi tugasan untuk menyiapkan jadual harian.
Tugasan ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman mereka dalam menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya kelas seperti ini, ia dapat memberi persediaan awal kepada pelajar untuk menyiapkan diri dalam kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word sebelum melangkah ke alam universiti. Selain itu, ia juga dapat melahirkan pelajar yang kreatif dalam penggunaan Microsoft Word untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: