Tutorial Asas Microsoft Excel
13 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah mengadakan Tutorial Asas Microsoft Excel untuk komuniti Kg Semuba terutama kepada pelajar sekolah dan pelajar IPTA. Kelas ini telah diadakan pada 12 Disember 2021 pada jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Sepanjang Tutorial berlangsung, Staf PEDi mengajar asas Microsoft Excel kepada komuniti. Kelas ini bertujuan untuk menunjukan cara untuk membuat jadual dengan mudah, selain itu Staf PEDi juga mengajar cara untuk membuat carta bar dengan mudah serta dapat memilih template yang telah disediakan didalam Microsoft Excel.
Staf PEDi juga menunjukkan cara untuk memasukkan data atau membuat papan markah supaya komuniti dapat membezakan nilai yang tinggi dan rendah dengan menggunakan icon yang disedaikan didalam Microsoft Excel, selain itu Staf PEDI juga mengajar cara membuat invois dengan mudah dengan mengajar cara memasukan fomular dengan betul supaya nilai yang dihasilkan tidak salah dan tepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: