Kelas Membuat Resume Dengan Menggunakan Canva
12 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah Kelas Membuat Resume Dengan Menggunakan Canva kepada peserta komuniti kampung Semuba. Kelas ini telah diadakan pada 12 Oktober 2022 pada jam 2 petang sehingga 3 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi mengajar asas penggunaan Canva dengan betul.
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta menggunakkan aplikasi Canva di laman sesawang.Staf PEDi juga mengajar peserta untuk mendaftar sebagai pengguna di aplikasi Canva. Staf PEDi mengajar peserta cara untuk memilih template resume yang percuma untuk digunakan oleh peserta. Staf PEDi juga mengajar peserta cara untuk ubah suai template dengan memasukkan gambar peserta dan maklumat – maklumat akademik dan pengalaman pekerjaan peserta. Setelah siap, peserta di ajar cara untuk menyimpan rekaan resume dan mencetak keluar. Didalam kelas ini Staf dapat melihat peserta mudah memahami penggunaan aplikasi Canva.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: