Tutorial Cara Menggunakan Acrobat ReaderDC
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah mengadakan Tutorial cara menggunakan Acrobat Reader DC untuk mengisi borang untuk komuniti Kg Semuba terutama kepada pelajar sekolah dan komuniti Kg Semuba. Kelas ini telah diadakan pada 9 January 2022 pada jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Sepanjang Tutorial berlangsung, Staf PEDi mengajar cara untuk menggunakan Acrobat ReaderDc dengan betul.
Kelas ini bertujuan untuk menunjukan cara untuk mengisi maklumat atau borang tanpa perlu mencetak keluar borang,dengan menggunakan cara ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan pembaziran kertas, Staf PEDi menunujukan cara untuk menggunakan tool sign and fill pada Acrobat ReaderDc untuk mengisi maklumat, Staf PEDi juga mengajar cara untuk mengisi maklumat pada bahagian yang menggunakan kotak text, kotak tanda dan kawasan text kosong dan cara untuk membesarkan text mengikut saiz yang sesuai. Staf PEDi juga mengajar cara untuk muatnaik tandatangan supaya dapat digunakan didalam Acrobat ReaserDc. Setelah siap di isi Staf PEDi menunujukkan hasil yang siap di isi kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: