Kelas Mencipta Logo Menggunakan Canva
14 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah Kelas Mencipta Logo Menggunakan Canva kepada peserta komuniti kampung Semuba. Kelas ini telah diadakan pada 13 Oktober 2022 pada jam 3 petang sehingga 4 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi mengajar asas penggunaan tool dan fungsi didalam Canva dengan betul.
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta membuat logo yang menarik seperti logo pasukan bola atau logo syarikat. Dalam kelas ini peserta diajar menggunakan template yang telah disedaikan oleh canva. Staf PEDi mengajar cara untuk memasukkan bentuk yang sesuai digunakkan didalam logo, selain itu Staf PEDi juga mengajar cara pemilihan warna yang sesuai dengan cita rasa peserta dan sesuai dengan logo yang di dihasilkan oleh peserta. Peserta juga menggunakan text yang sesuai dengan bentuk logo supaya logo akan lebih kemah dan menarik. Setelah siap logo, Staf PEDi mengajar peserta untuk muat turun hasil karya peserta dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: