Tutorial Membuat Kad Hari Raya Dengan Microsoft PowerPoint
14 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah mengadakan Tutorial Membuat Kad Hari Raya Dengan Microsoft PowerPoint untuk komuniti Kg. Tutorial ini telah diadakan pada 13 April 2022 pada jam 3 petang sehingga 4 petang. Sepanjang Tutorial berlangsung, Staf PEDi menunujukan cara menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint.
Tutorial ini bertujuan untuk membantu komuniti mencipta kad raya secara digital dengan menggunakan Microsoft PowerPoint, Staf PEDi menunujukkan cara untuk membuat tetapan saiz yang sesuai dengan saiz kad raya, selain iaitu Staf PEDi mengajar cara untuk membuat rekaan yang menarik dengan tema hari raya. Staf PEDi juga mengajar komuniti cara untuk mencari gambar yang menarik untuk dijadikan latar belakang dan icon. Selain itu Staf PEDi juga menunjukkan cara untuk membuat gambar latar belakang supaya icon akan lebih menarik, Staf PEDi juga mengajar cara untuk menukarkan format kepada JPEG supaya komuniti dapat berkongsi kepada rakan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: