Kelas Asas Keusahawanan Mudah.com.my
19 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah Kelas Asas Keusahawanan Mudah.com.my kepada peserta yang baru berminat untuk menceburi dalam bidang penjualan atas taian. Kelas ini telah diadakan pada 18 Mei 2022 pada jam 2 petang sehingga 3 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi menunujukan cara untuk membuat iklan secara percuma didalam Mudah.com.my.
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta untuk membuat pengiklan atas talian secara percuma, Didalam kelas ini Staf PEDi mengajar peserta untuk mendaftar sebagai pengguna di dalam Mudah.com.my dan juga mengajar cara untuk mengisi maklumat profil diri sebagai penjual atas talian. Selepas mengisi maklumat profil penjual, Staf PEDi mengajar cara untuk memuat naik produk penjual didalam iklan Mudah.com.my, peserta diajar cara untuk meletakkan maklumat dengan betul seperti kategori item, nama produk, maklumat ringkas tentang produk, harga dan lokasi yang boleh didapati. Setelah semua maklumat diisi, peserta diajar oleh Staf cara untuk muat naik iklan secara betul supaya iklan yang dihasilkan dapat melepasi tetapan yang dinyatakan di dalam Mudah.com.my.Setelah disenarai tapis iklan oleh Mudah.com.my, peserta akan mendapat notifikasi dari emai peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: