Kelas Asas Microsoft Powerpoint Membuat SlideShow
21 September 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah Kelas Asas Microsoft Powerpoint Membuat SlideShow kepada pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Kangkong. Kelas ini telah diadakan pada 20 September 2022 pada jam 3 petang sehingga 4 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi memberi penerangan dan cara menggunakan Microsoft Powerpoint dengan betul.
Kelas ini bertujuan untuk mengajar pelajar untuk membuat slide pembentangan untuk kerja krusus pelajar, dalam kelas ini Staf PEDi menjaga cara untuk memilih rekaan slide yang menarik dan sesuai dengan kerja tajuk kerja krusus pelajar. Staf PEDi juga mengajar pelajar cara untuk menyalin maklumat didalam Microsoft Word kedalam Microsoft Powerpoint, dan juga pelajar juga diajar cara untuk muat turun data didalam GoogleForm untuk dimasukan didalam slide Powerpoint, Staf PEDi juga mengajar pelajar untuk membuat jadual dan graf dengan betul mengikut data yang diperolehi dari pelajar. Hasil kelas ini Staf PEDi dapat melihat pelajar dapat memahami dengan mudah dan boleh membuat slide dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: