Kelas Membuat Poster Dengan PowerPoint
23 September 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah Kelas Membuat Poster Dengan PowerPoint kepada peserta komuniti kamoung Semuba. Kelas ini telah diadakan pada 22 September 2022 pada jam 11 pagi sehingga 12 tengahhari. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi mengajar asas membuat poster dengan Microsoft PowerPoint.
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta asas membuat rekaan poster dengan mudah dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Didalam kelas ini Staf PEDi mengajar cara menggunakan tool slidemaster kerana mudah untuk peserta membuat saiz poster dan mudah untuk meletakkan icon yang sesuai, selain itu Staf PEDi juga mengajar peserta untuk mencari icon dan gambar yang format PNG didalam laman seswang supaya boleh digunakan didalam poster peserta. Staf PEDi juga mengajar cara untuk membuat bentuk didalam poster dan juga menukarkan waerna icon yang dimuat turun oleh peserta. Akhir kelas ini Staf PEDi memberi tugasan untuk peserta membuat asas rekaan supaya peserta akan lebih cepat memahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: