Kelas Asas ICT Microsoft Word Membuat Rangka Kerja
24 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah Kelas Asas ICT Microsoft Word Membuat Rangka Kerja kepada pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. Kelas ini telah diadakan pada 23 Disember 2022 pada jam 2 petang sehingga 3 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi membantu pelajar untuk membuat rangka kerja untuk projek kelas Multimedia pelajar.
Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar untuk mencari contoh rangka kerja yang sesuai untuk subjek multimedia. Staf PEDi mengajar kepada pelajar untuk menyalin dan ubah suai contoh rangka kerja multimedia supaya boleh digunakan oleh pelajar. Staff Pedi juga mengajar pelajar cara membuat jadual rangka kerja dan cara memasukkan gambar kedalam Microsoft Word, pelajar juga mengambil maklumat di dalam laman sesawang untuk dijadikan sebagai rujukan untuk membuat huraian yang berkaitan dengan rangka kerja projek Multimedia pelajar. Akhir kelas ini pelajar dapat membuat rangka kerja dengan baik dan dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan asas Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: