Tutorial Membuat Label Produk Dengan Aplikasi Canva
13 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah mengadakan Tutorial Tutorial Membuat Label Produk Dengan Aplikasi Canva untuk komuniti Kg Semuba terutama kepada usahawan tempatan Kg Semuba. Tutorial ini telah diadakan pada 12 Februari 2022 pada jam 12 tengah hari sehingga 1 petang. Sepanjang Tutorial berlangsung, Staf PEDi menunujukan cara menggunakan aplikasi Canva dengan betul.
Tutorial ini bertujuan untuk membantu usahawan komuniti untuk mencipta label produk dengan menggunakan aplikasi Canva, staf PEDi menggunakan aplikasi Canva kerana aplikasi ini dapat digunakan didalam komputer dan telifon pintar secara percuma. Staf PEDi menunujukkan cara untuk daftar sebagai pengguna baru, staf PEDi menunujukkan cara untuk membuat tetapan saiz mengikut saiz produk usahawan perlukan, selain itu Staf PEDi mengajarkan cara untuk menggunakan tool yang berada didalam aplikasi Canva seperti shape tool,text tool, dan cara untuk muat naik gambar produk. Staff PEDi menunjukkan contoh cara membuat label produk dengan menggunakan semua tool supaya usahawan lebih mudah faham, staf PEDi juga mengajar cara untuk muat turun hasil rekaan supaya dapat usahawan dapat cetak keluar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: