Kelas Asas Microsoft Word Membuat Resume
19 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word Membuat Resume kepada peserta yang berminat untuk mempelajari asas membuat resume dengan menggunakan Microsoft Work. Kelas ini telah diadakan pada 18 Mac 2023 pada jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi mengajar peserta cara membuat resume dengan menggunakan template yang disediakan oleh Microsoft Work.
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta membuat resume pemohonan kerja dengan kemas dan baik, Staf PEDi mengajar peserta cara untuk muat turun template yang disediakan oleh Microsoft Work mengikut citarasa peserta, di dalam template tersebut peserta diajar cara untuk ubah suai maklumat yang berkaitan seperti maklumat peribadi, akademik, gambar profil peserta dan pengalaman kerja peserta, setelah siap, peserta diajar cara untuk mencetak keluar dan cara untuk menyimpan file resume di dalam format pdf supaya senang untuk digunakan pada bila masa diperlukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: