Kelas Asas Microsoft Word Membuat Resume
20 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word Membuat Resume kepada peserta Komuniti Kg Semuba yang ingin memohon pekerjaan secara atas talian. Kelas ini telah diadakan pada 19 Januari 2023 pada jam 10 pagi sehingga 11 pagi. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi menunujukan cara membuat resume dengan mengikut format dengan betul untuk permohonan pekerjaan.
Kelas ini bertujuan untuk membantu dan mengajar peserta untuk membuat resume dengan mengikut format yang biasa digunakan untuk memohon pekerjaan, Staf PEDi juga mengajar peserta untuk memasukkan maklumat yang penting seperti maklumat diri, maklumat akademi, kebolehan diri dan pengalaman kerja peserta. Selain itu Staf PEDi juga mengajar peserta untuk menukarkan format Microsoft Word kepada PDF supaya peserta mudah untuk menghantar resume melalui email.Kesimpulan dari kelas peserta mampu membuat resume dengan baik dengan bantuan Staf PEDi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: