Kelas Membuat Invoice Dengan Menggunakan Microsoft Word
17 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Semuba telah Kelas Membuat Invoice Dengan Menggunakan Microsoft Word kepada usahawan komuniti Kampung Semuba .Kelas ini telah diadakan pada 16 Februari 2023 pada jam 2 petang sehingga 3 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi mengajar peserta cara untuk membuat invoice dengan mudah.
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta yang berniaga untuk membuat invoice kepada pelanggan sebagai bukti pembelian, dalam kelas ini Staf PEDi mengajar peserta cara untuk muat turun template yang telah disedaikan oleh Microsoft Word, Staf PEDi juga mengajar cara untuk ubahsuai template seperti nama syarikat, alamat syarikat, logo syarikat dan juga nama pembeli, selain itu Staf PEDi juga mengajar peserta cara untuk memasukan kuantiti baru atau jenis barang di dalam kotak yang disedaikan di dalam template dan memasukkan harga dan jumlah pembelian pelanggan. Setelah siap Staf PEDi juga mengajar peserta cara untuk simpan invoice kedalam bentuk PDF supaya boleh dihantar kepada pelanggan, Staf PEDi mengajar peserta untuk menyimpan invoice kedalam drive email peserta supaya dapat membuat rujukan apabila diperlukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: