Kursus Penyelenggaraan Komputer Jangka Pendek
27 November 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak telah mengadakan kursus penyelenggaraan Komputer jangka pendek kepada golongan belia pada 26 November 2016 yang dihadiri 15 orang peserta. Program ini juga dengan kerjasama pusat internet lain seperti Repek, Semuba, Kajang Sebidang dan Kg Lawang. Program ini berjalan dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan kursus ini dibuat adalah untuk melatih para belia mengenal komponen yang ada didalam CPU. Selain itu juga, memberi pendedahan kepada golongan belia tentang cara-cara membuka dan memasang semula komponen perkakasan computer. Mereka juga boleh mengenalpasti jenis-jenis kerosakan pada computer dan melakukan pembaikian. Dengan adanya program seperti ini, staff PI dan komuniti dapat mempromosi aktiviti PI dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: