Latihan ICT (Cara penggunaan google docs)

28 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2015 Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba telah mengadakan satu lagi kelas berkenaan cara penggunaan Google Docs. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba.

Tujuan aktiviti dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan google docs. Seperti yang kita maklum google docs merupakan aplikasi menggunakan Microsoft Office. Pengguna dapat membuat dokumen seperti MS Word, MS Excel dan MS Power Point dan sebagainya secara online. Peserta dapat mengakses dokumen ini secara online di mana- mana sahaja dan dapat mengemaskini dokumen secara serentak secara online. Dengan pembelajaran ini, peserta dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menggunakan aplikasi ini dan dapat menyimpan di mana sahaja seperti di komputer mahu pun di telefon bimbit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas