Maxis eKelas - Student Assessment & Sasbadi Accounts Activation
27 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba telah mengadakan satu lagi program dengan kerjasama Maxis. Program ini adalah khas untuk pelajar-pelajar yang menyertai Ekelas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk pelajar menjawab soalan 'assesment' yang diberikan oleh funzone dan mendaftar akaun Sasbadi.
Funzone adalah satu kumpulan yang ditugaskan khas oleh Maxis untuk menguji tahap pembelajaran pelajar-pelajar. Manakala akaun Sasbadi adalah salah satu bank soalan yang terkenal untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Bank soalan ini akan didaftarkan di bawah nama pelajar yang menyertai Ekelas sahaja. Pelajar boleh mengulangkaji semua soalan yang diberikan di dalam Sasbadi tersebut mengikut tingkatan dan semua subjek dalam pembelajaran. Penggunaan Sasbadi adalah terhad kepada pelajar Ekelas sahaja dan penggunaannya adalah ketika tiada Ekelas ataupun ketika bilik latihan tidak digunakan.
Pelajar yang berminat untuk menyertai Ekelas boleh datang ke PI Kg Semuba untuk pendaftaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: